Assalamualaikum wrt semua umat Islam yang cintakan masjid,
Benarkah kita, hamba Allah yang mencintai rumah Allah ini, benarkah kita hamba Allah yang berkorban menjadi hamba-Nya melalui masjid ini atau kita hanya gunakan masjid untuk menambah kekuasaan kita?. ikutilah penulisan ku ini yang mengajak kalian berfikir tentang hal yang saya nyatakan tadi.
Saya mengajak tuan/puan berfikir sejenak sabda Rasulullah saw ini yang bermaksud
" Apabila diserahkan urusan sesuatu perkara kepada seorang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat-saat kehancurannya" (Sahih Bukhari)
Ini menunjukan pentingnya ilmu pengurusan dalam mentadbir sesebuah masjid bukannya ilmu pengurusan sekularisme!. Saya akan buktikan dalam siri penulisan saya nanti insyaAllah.
" Apabila diserahkan urusan sesuatu perkara kepada seorang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat-saat kehancurannya" (Sahih Bukhari)
Ini menunjukan pentingnya ilmu pengurusan dalam mentadbir sesebuah masjid bukannya ilmu pengurusan sekularisme!. Saya akan buktikan dalam siri penulisan saya nanti insyaAllah.
Untuk membentuk seorang individu memerlukan
pengurusan yang sistematik, berdisiplin dan terancang. Malah memerlukan
komitmen yang tinggi serta pengorbanan yang banyak. Apatah lagi, jika berhasrat
untuk membentuk sebuah masyarakat yang berpaksikan syariat, berakhlak mulia
serta taat dan patuh kepada Allah SWT.
Di dalam masyarakat, terdapat
banyak institusi yang boleh memainkan peranan masing-masing bagi membentuk
masyarakat sedemikian. Hal ini, bergantung kepada pengurusan, pentadbiran,
kewangan , misi dan visi setiap institusi tersebut. Antara institusi yang
bermatlamat untuk membina masyarakat ke arah berakhlak dan bersyariat ialah
institusi masjid, Majlis Fatwa, mahkamah syariah, jabatan agama Islam Negeri,
JAKIM, badan-badan NGO seperti YADIM, PERKIM, ABIM, IKRAM, HALUAN dan banyak
lagi. Dalam kajian ini pengkaji memilih institusi masjid. Jumlah masjid sahaja
di Selangor sebanyak 425 buah, surau pula sebanyak 1853 dan surau solat jumaat
sebanyak 179 buah. Berdasarkan jumlah ini, ia merupakan satu institusi yang
hebat untuk menjana kecemerlangan remaja. Oleh itu, kejayaan sesebuah institusi
atau organisasi itu adalah banyak
bergantung kepada kecekapan pengurusan dan pentadbiran. Banyak sahaja tidak
memberi impak kepada masyarakat jika tidak diurustadbir dengan bijaksana (
http://www.jais.gov.my/).
Masjid merupakan sebuah institusi
yang sangat penting dalam membentuk masyarakat yang seimbang , berjaya di dunia
dan akhirat. Membina masyarakat yang berakhlak, yang masyarakatnya boleh hidup
dengan harmoni, aman dan sejahtera. Masyarakat yang menjauhi perbuatan keji
dengan melaksanakan amar makruf nahi mungkar akan menyediakan kehidupan yang
bahagia di dunia dan akhirat. Untuk mencapai visi ini, keperluan kepada
pengurusan yang cemerlang sangatlah dituntut. Oleh itu, satu kajian dan
tindakan mestilah dibuat dan dilaksanakan bagi mengembalikan fungsi masjid ke
tampuk asalnya terutama dalam mendidik anak-anak remaja sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah saw, para sahabat, tabiin dan tabik tabiin serta para ulama silam. Kayu ukur inilah yang paling tepat untuk menilai kecintaan kita kepada Allah melalui pengurusan masjid. Perhatikanlah tulisan saya ini sampai tamat sekiranya ingin mencari reda Allah dengan masjid. InshaAllah.
No comments:
Post a Comment